00:00Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestine terbunuh termasuk 2 kanak-kanak dan 3 wartawan akibat serangan terbaru Israel di Gaza pada Rabu.
00:09Menurut pasukan perubatan tempatan, 3 wartawan tersebut maut selepas kenderaan yang mereka naiki di bom dalam satu serangan udara Israel sekaligus menggugat gecata senjata rapuh yang kini telah memasuki bulan ketiga.
00:24Semasa serangan, ketiga-tiga mangsa sedang menjalankan tugasan yang ditaja jawatan kuasa Mesir yang menyelia kerja-kerja bantuan negara itu di Gaza bagi merakam kawasan penempatan kemah bagi penduduk Palestine yang dipindahkan.
00:40Agensi Keselamatan Mesir turut mengesahkan bahawa kenderaan yang diserang itu milik jawatan kuasa berkenaan.
00:47Pihak tentera Israel bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden tersebut.
00:53Sebelum itu, tiga lagi penduduk termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terbunuh akibat tembakan kereta kebal Israel di Timur Der Albalah.
01:03Selain itu, dua lagi mangsa seorang remaja lelaki 13 tahun dan seorang wanita maut dalam dua insiden tembakan berasingan di Timur Khan Yunis.
01:12Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan tiga lagi penduduk turut terbunuh dalam beberapa kejadian tembakan di lokasi lain menjadikan angka korban pada rabu meningkat kepada sekurang-kurangnya 11 orang.
01:25Di sebalik gecata senjata yang menyaksikan sebahagian pengunduran tentera Israel, pasukan Israel kini menguasai sekitar 53% wilayah Gaza dan dilaporkan terus meluaskan kawasan operasi mereka sejak beberapa minggu lalu menyebabkan lebih banyak keluarga Palestine terpaksa berpindah.
01:43Tentera Israel turut mengeluarkan kenyataan mendakwa pihaknya telah menghapuskan seorang pejuang Palestine yang memasuki kawasan di bawah kawalan mereka dan didakwa mengancam keselamatan anggota tentera yang bertugas.
Comments