Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
UMNO masih dibelenggu 'Denial Syndrome' apabila gagal mengakui kelemahan sendiri walaupun berdepan kekalahan dalam beberapa pilihan raya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tapi masih lagi berkenaan dengan perhimpunan agama UMNO, yang mana UMNO masih dibelenggu sindrom penafian apabila gagal mengakui kelemahan sendiri walaupun berdepan kekalahan dalam beberapa pilihan raya.
00:13Itu kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Ahmad Saleh, yang menyatakan bahawa sikap menafikan realiti dan hanya berasa selesa dengan kedudukan dalam kerajaan, berisiko menyebabkan parti itu terus kehilangan sokongan rakyat di peringkat akar umbi.
00:30Kita kalah dua kali. Kita tak ada kata tak apa, kita menang. Yang penting hari ini kita dah jadi kerajaan. Tapi adakah kita nak jadi hanya sepihan saja?
00:41Hari ini tepuk dada tanya iman. Adakah kita bawa suara rakyat yang di bawah itu? Adakah rakyat di bawah itu bercakap dengan kita dekat kedai kopi, dekat surau, dekat kedai-kedai, dekat mana, dekat sawah ke, dekat bengkel motor.
01:00Apa yang dia cakap kepada kita tentang parti kita?
01:04Dr. Akmal ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2025 menegaskan, budaya hanya menyampaikan perkara yang sedap didengar kepada kepimpinan, perlu dihentikan.
01:16Sebaliknya, kebenaran, walaupun pahit mesti disuarakan demi kelangsungan parti.
01:21Beliau turut mengingatkan bahawa bantuan dan dasar kerajaan semata-mata tidak menjamin sokongan rakyat berdasarkan pengalaman kekalahan lalu.
01:31Jangan lagi datang di sini nak cakap yang baik-baik. Kadang-kadang saya nak beritahu ubat itu memang pahit, tetapi ubat itulah yang akan mengubati luka kita.
01:43Dalam badai itu, beliau menyeru ahli dan perwakilan UMNO supaya berani membawa suara akar umbi kepada kepimpinan tertinggi sambil menegaskan pemuda akan terus lantang bersuara demi agama, bangsa dan parti.
01:59Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended