Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Setakat jam 10 pagi Khamis, sebanyak sembilan PPS beroperasi melibatkan sejumlah 1,285 mangsa di daerah Beaufort, Tenom dan Kemabong.
Transcript
00:00Situasi banjir yang melanda Sabah sejak minggu lalu masih belum pulih.
00:04Masih terdapat sejumlah mangsa yang ramai berlindung di sembilan pusat pemindahan sementara PPS yang beroperasi.
00:11Berdasarkan kemas kini laman sesawang info banjir JKM, setakat jam 10 pagi Kamis terdapat sejumlah 1,285 mangsa di daerah terjejas meliputi Bufat, Tenom dan Kemabung.
00:23Di Bufat, mangsa terdiri daripada 661 orang daripada 223 keluarga yang ditempatkan di 4 PPS.
00:33Selain itu, di Tenom, seramai 469 mangsa daripada 235 keluarga ditempatkan di 4 PPS.
00:42Manakala di Kemabung, hanya 1 PPS beroperasi di Dewan Terbuka Labuk 2 menempatkan 155 mangsa daripada 48 keluarga.
00:52Di Sarawak pula, 1 PPS masih beroperasi iaitu Dewan SMK Berkenu yang menempatkan 205 mangsa daripada 98 keluarga.
01:02Banjir di Perak mulai surut dengan hanya 1 PPS beroperasi di Kinta membabitkan 22 mangsa.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended