Skip to playerSkip to main content
  • 4 days ago
China dijangka merekodkan 590 juta perjalanan penumpang merentas wilayah sepanjang cuti Tahun Baharu dari 1 hingga 3 Januari, meningkat 19.5 peratus berbanding tahun lalu. Sektor rel, jalan raya, e-hailing, pengangkutan air dan penerbangan awam mencatatkan peningkatan ketara selari dengan pergerakan rakyat.
Transcript
00:00China dijangka merekodkan sebanyak 590 juta perjalanan penumpang merentas wilayah sepanjang cuti tahun baru
00:06dari 1 hingga 3 Januari meningkat 19.5% berbanding tempoh sama tahun lalu.
00:12Menurut Menteri Pengangkutan China, peningkatan ketara itu didorong oleh pergerakan tinggi rakyat
00:17sempena sambutan awal tahun melibatkan pelbagai mod pengangkutan darat, air dan juga udara.
00:23Bagi sektor real, jumlah penumpang dijangka mencecah 48.22 juta perjalanan dengan purata 16.7 juta penumpang sehari
00:35mencatatkan lonjakan 23.1% tahun ke tahun.
00:39Pengangkutan jalan raya pula kekal sebagai penyumbang terbesar dengan anggaran 540 juta perjalanan
00:46termasuk kenderaan persendirian dan pengangkutan awam komersial di lebuh raya serta jalan persekutuan dan wilayah
00:53meningkat 15.5% berbanding tahun lalu.
00:58Sementara itu, data syarikat e-hailing regasi China Didi Chuzing menunjukkan permintaan perkhidmatan e-hailing
01:04meningkat 31% dalam tempoh 3 hari pertama tahun baru.
01:09Bagi pengangkutan air, sebanyak 2.29 juta perjalanan penumpang dijangka direkodkan
01:15dengan purata 763,000 penumpang sehari meningkat 35.3%.
01:22Sektor penerbangan awam pula diunjurkan mencatatkan 5.88 juta perjalanan penumpang
01:29naik 10.49% berbanding tempoh sama tahun lalu.
01:39Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended