Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Seramai 20 ahli sindiket jenayah terancang dikenali ‘Geng Rames’ yang aktif di Kedah dan Pulau Pinang didakwa di Mahkamah Sesyen Sungai Petani.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seramai 20 ahli sindiket dikenali geng Ramesh yang aktif melakukan jenayah kekerasan di Kedah dan Pulau Pinang
00:07didakwa di Mahkamah Session Sungai Petani pada Selasa.
00:11Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan ke atas semua tertuduh
00:15dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan hakim Najwa Cikmat.
00:21Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh berusia antara 24 hingga 42 tahun
00:26didapati menjadi ahli kumpulan jenayah terancang geng Ramesh.
00:29di Alamat Kampung Sungai Divisyen dalam daerah Kuala Muda Kedah
00:33antara Januari 2024 hingga 4 Disember 2025.
00:37Berikutan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 130V
00:41Subseksyen 1 Kanun Kesiksaan yang jika sabit kesalahan
00:45boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun.
00:48Hakim menetapkan 29 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula
00:52dan tidak membenarkan sebarang ikat jamin ke atas semua tertuduh.
00:56Pada Isnin, pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman
00:59Dato' M. Kumar memaklumkan, polis telah melumpuhkan geng Ramesh
01:04yang aktif melakukan pelbagai jenayah kekerasan di Kedah dan Pulau Pinak.
01:08Dalam operasi JSJ Bukit Aman, JSJ Ibu Pejabat Kontingen Kedah
01:12dan cawangan khas Bukit Aman, polis menahan semua suspek lelaki
01:16berusia antara 24 hingga 42 tahun dari 27 November hingga 4 Disember.
01:22Kumpulan itu dipercayai dianggutai 35 orang yang dipimpin lelaki tempatan
01:26dikenali sebagai Ramesh dan aktif di Sungai Petani, Kulim
01:30serta beberapa lokasi di Pulau Pinak.
01:33Mereka dipercayai terbabit dalam pelbagai jenayah kekerasan
01:35termasuk rompakan, mendatangkan kecederaan parah, bunuh dan pengedaran dadah
01:41serta meminta wang perlindungan.
Comments

Recommended