Skip to playerSkip to main content
“Tangan kami terlepas, adik dihanyutkan arus deras sungai. Saya yang lemas, dia yang meninggal dunia.”

Itu luahan pilu Mohamad Syakir Iqbal Mohd Shaharudin, 15, ketika mengimbau detik tragis menyaksikan adiknya, Mohamad Syafi Irsyad, 13, dihanyutkan arus deras Sungai Ulu Sat di Kampung Belukar, Machang pada Jumaat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/761921/berita/semasa/tangan-kami-terlepassaya-yang-lemas-dia-yang-meninggal-dunia

Muzik: Dissolved in Loneliness dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Lemas #Machang

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tangan kami terlepas, adik dihanyutkan arus teras sungai, saya yang lemas, dia yang meninggal dunia.
00:08Itu luan saya Muhammad Syakir Iqbal Muhammad Syahrudin, 15 tahun pelajar pendidikan khas program integrasi Sekolah Menengah Kebangsaan Macang,
00:18semasa menceritakan kembali kisah meruntun jiwa yang dilalui apabila melihat adiknya Muhammad Syafiq Irsyad, 13 tahun, dihanyutkan arus teras di depan mata selepas terjun ke dalam sungai Ulusat di Macang untuk menyelamatkannya daripada lemas pada jumaat.
00:36Ketika itu, dia hanya mampu menangis dan memanggil nama Irsyad berkali-kali sehingga adiknya hilang dari pandangan mata.
00:44Ujan Muhammad Syakir Iqbal, semasa kejadian, dia bersama Muhammad Syafiq Irsyad serta seorang lagi rakan ke kawasan pintu air Sungai Ulusat di Kampung Beluga untuk melihat keadaan air.
00:57Mereka ke sana bukan untuk mandi, hanya melihat air. Dia terjatuh ke dalam sungai akibat licin ketika memanjat tian pagar yang ada di pintu air tersebut.
01:07Melihat Muhammad Syakir Iqbal terjatuh, adiknya terus terjun untuk menyelamatkan dia.
01:13Menurutnya, mereka sempat berpegangan tangan namun terlepas kerana arus sungai sangat deras.
01:19Muhammad Syakir Iqbal memberitahu ketika dihanyutkan, dia sempat berpaut pada batu selama hampir setengah jam sebelum ada penduduk kampung datang menyelamatkannya dengan menggunakan tali.
01:30Ujarnya, sepanjang di atas batu itu, dia hanya mampu menangis mengenangkan Muhammad Syafiq Irsyad yang telah dihanyutkan.
01:37Sementara itu, ibu mereka Nur Zai Zura Cikmat memberitahu Muhammad Syafiq Irsyad merupakan anak keempat daripada enam beradik dan pelajar tingkatan satu sekolah menengah kebangsaan Hamzah II, manakala Muhammad Syakir Iqbal anak ketiga.
01:53Katanya lagi, jenazah Muhammad Syafiq Irsyad akan dikebumikan pada jam 11 pagi di Tanah Perkuburan Islam Bangkul, Judah.
02:01Dia memberitahu arwah merupakan anak yang baik dan sentiasa bersama abangnya ke mana sahaja.
02:07Kebetulan, pada hari kejadian, dia dan suami Muhammad Syahruddin Magnu 47 tahun tiada di rumah kerana pulang ke kampung di Labok dan hanya mengetahui mengenainya pada jam 4 petang setelah dimaklumkan oleh sepupu.
02:20Sinar yang pada Jumaat melaporkan, niat munis seorang adik untuk menyelamatkan abangnya daripada lemas selepas terjatuh ke dalam sungai Ulusat di kampung Beluka, di Macang, berakhir dengan tragedi apabila pelajar tingkatan satu itu ditemukan mati.
02:35Dalam kejadian kejam 4 petang itu, mangsa Muhammad Syafiq Irsyad dipercayai bertindak terjung ke sungai berkenaan sebaik melihat abangnya terjatuh ketika duduk di tebing berhampiran kawasan terbabik.
02:47Menurut Ketua Polis Dek Ramacan, Sepertender Ahmad Syafiq Hussein, hasil sasatan awal mendapati abang mangsa terjatuh sejak tidak sengaja sebelum mangsa segera terjung ke dalam sungai bagi membantu menyelamatkan ahli keluarganya itu.
03:01Katanya, abang mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada tembok penghadang air.
03:07Namun, mangsa gagal menyelamatkan diri dan dipercayai dihanyukan arus teras akibat hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan.
03:14Selepas 5 jam pencarian dilakukan, mayat remaja itu ditemukan oleh orang awam pada jam 9.40 malam pada jarak 1.5 km dari lokasi asal di Kuartari Hilang iaitu di Sungai Rawa, di Macar.
03:28positif
03:33Hai
03:38hercosa
Be the first to comment
Add your comment

Recommended