00:00Seorang juruukur dituduh membunuh ibu kandung serta adik perempuan angkatnya di sebuah rumah di Teluk Aitawar pada 10 Disember lalu.
00:09Daniel Kayum Kamal Roslan, 23 tahun yang berbaju ti biru, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Magistrat Balkis Roslin pada pagi Jumaat.
00:22Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa membunuh Hayani Yaakob, 51 tahun, manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun.
00:34Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di No. 4 Lorong Nahkoda 5, Taman Teluk Aitawar, Butterworth pada jam 9.45 pagi 10 Disember lalu.
00:47Tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan 12 sebatan jika sabit kesalahan.
01:01Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
01:07Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan kes ditangguh 29 Januari depan untuk laporan bedah siasat.
01:14Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang wanita bersama anak angkatnya ditemukan rentung manakala seorang lagi mangsa cedera dalam kebakaran sebuah rumah sewa mereka.
Comments