Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Kementerian Kewangan (MOF) sedang mempertimbangkan beberapa elemen utama yang akan menentukan fasiliti yang tertakluk kepada pengenaan cukai karbon.
Transcript
00:00Kerajaan sedang mempertimbangkan beberapa elemen utama antara skop pelepasan gas rumah hijau GHG yang akan dikenakan cukai, paras harga karbon yang sesuai, serta nilai ambang pelepasan bagi pembentukan kerangka cukai karbon.
00:14Kementerian Keuangan MOF menjelaskan semua elemen utama itu akan menentukan fasiliti yang tertakluk kepada pengenaan cukai karbon.
00:21Menurut MOF, turut diberi perhatian ialah pembangunan sistem pemantauan dan pelaporan pelepasan MRV yang telus, efisien dan diyakini oleh industri serta pelabur.
00:32Selain itu, integrasi mekanisme cukai karbon dengan pasaran karbon domestik dan potensi pelaksanaan ETS skim dagangan pelepasan adalah penting bagi menyediakan fleksibiliti pematuhan serta mengurangkan kos pengawalan pelepasan kepada industri.
00:47MOF berkata demikian dalam jawapan bertulis Dewan Negara yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Selasa bagi menjawab soalan Senator Dato' Wu Himven berkenaan reka bentuk cukai karbon yang disusun oleh MOF supaya Malaysia menjadi hak perdagangan karbon serantau.
01:03Wu juga bertanyakan sama ada MOF bercadang mempertimbangkan kadar cukai permulaan lebih rendah bagi penentu sahan dan pembangunan projek.
01:11Antara lain, pemberian kredit cukai kepada pelaburan dalam infrastruktur pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon dan perdagangan karbon bagi menarik kewangan hijau dan memperkukuh pasaran kredit karbon berintegrati tinggi.
01:24Menurut MOF, selaras dengan komitmen Malaysia untuk mencapai sasaran sifar bersih karbon menjelang 2050,
01:29kerajaan sedang membangunkan instrumen penetapan harga karbon sebagai langkah utama untuk memperkukuh dasar perubahan iklim negara.
01:37Pengenalan cukai karbon turut disepadukan dengan strategi penyah karbonan industri negara dan keperluan mengekalkan daya saing ekonomi dalam konteks global,
01:46khususnya berikutan pengenalan Carbon Border Adjustment Mechanism CBAM oleh Kesatuan Eropah EU bermula 2026.
01:54MOF memaklumkan dalam merangka mekanisme cukai karbon, pihaknya sedang meneliti model dan amalan terbaik negara yang telah melaksanakan harga karbon dengan berkesan seperti Switzerland, EU dan Canada.
02:04Pada masa sama, penelitian turut dibuat terhadap pengalaman negara-negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam yang sedang memperkenalkan cukai karbon atau ETS secara berperingkat.
02:17Jelasnya kajian perbandingan ini penting bagi memastikan struktur cukai karbon Malaysia mengambil kira ekosistem industri tempatan,
02:24mengekalkan daya saing ekonomi serta mengurangkan risiko kebocoran karbon.
02:28Rangka kerja cukai karbon yang sedang dibangunkan turut diselaraskan dengan perundangan dan dasar berkaitan yang sedang digubal oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelasaran Alam NRES
02:37termasuk Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara dan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan DPKK.
02:43Terima kasih kerana menonton!
02:51Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended