Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
MAIWP memperuntukkan RM1.6 bilion dalam Bajet 2026 bagi kebajikan asnaf, pemerkasaan pendidikan dan pembangunan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan.
Transcript
00:00Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Mawib mempertukakan RM1.6 bilion bagi mengukuhkan agenda kebajikan, pendidikan dan pembangunan masyarakat Islam di wilayah Persekutuan menerusi bajet Mawib 2026.
00:13Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Muhammad Naim Mokhtar berkata, Mawib menumpukan dua fokus utama dalam pembelanjaan agihan kepada asnaf iaitu kesejahteraan dan pemberdayaan asnaf serta pemerkasaan pendidikan umat melibatkan keseluruhan RM1.354 bilion.
00:32Beliau berkata bagi kesejahteraan dan pemberdayaan asnaf sebanyak RM1.157 bilion diperuntukkan bagi agihan meliputi kluster kebajikan, pelindungan, perubatan, perbangunan umat dan asnaf, wakalah dan zakat bahagian amil.
00:50Sementara bagi pemerkasaan pendidikan RM197.22 juta disediakan bagi kluster pendidikan serta institusi pendidikan dan kebajikan.
00:58Jelasnya, bajet Mawib 2026 memberikan tumpuan secara menyeluruh kepada usaha memperkukuh kesejahteraan asnaf melalui penyediaan keperluan asas serta pelaksanaan program pembangunan yang holistik bagi meningkatkan taraf hidup mereka sama ada dari segi sosial maupun kerahanian.
01:14Dalam pari itu, Muhammad Naim berkata Mawib memperuntukkan RM250.7 juta bagi perbelanjaan mengurus merangkumi aktiviti operasi dan pengurusan Mawib dan RM73.65 juta dana bagi tujuan pembangunan merangkumi aktiviti fizikal, pembangunan hartanah, pembelian aset dan pelaburan yang dapat memberi kesejahteraan kepada umat.
01:33Beliau berkata bajet Mawib 2026 bertemakan kesejahteraan umat digubal secara berhemah dan realistik dengan tumpuan untuk memastikan setiap perbelanjaan memberi pulangan terbaik kepada rakyat selain tiada pengurangan program atau inisiatif.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended