IATA sambut baik usaha menyambung semula pencarian MH370 oleh Ocean Infinity, menegaskan ia penting untuk keselamatan penerbangan global dan keluarga mangsa.
00:00Bepersatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa Ayata menyambut baik usaha menyambung semula pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 pada akhir bulan ini.
00:10Ia menegaskan bahawa komuniti penerbangan global masih komited untuk menemukan kebenaran disebalik kehilangan pesawat itu.
00:17Menurut Ketua Pengarah Ayata, Willy Walsh, penentuan punca kehilangan pesawat Boeing 777 itu kekal kritikal untuk keselamatan penerbangan global.
00:30Jelasnya apa-apa data atau teknologi baru yang berwibawa dan boleh membantu pencarian perlu dimanfaatkan.
00:37Memetik laporan bernama, beliau mengulas mengenai syarikat eksplorasi dasar laut yang berpengkalan di Amerika Syarikat Ocean Infinity
00:44yang akan meneruskan pencarian pesawat yang hilang pada 8 Mac 2014 bersama 239 penumpang dan anak kapal.
00:53Menurutnya adalah penting untuk melakukan segala usaha bagi menemukan pesawat itu dan memahami apa sebenarnya yang berlaku.
00:59Walsh berkata Ayata yang berpengkalan di Geneva serta mewakili syarikat-syarikat penerbangan dan menetapkan pihawayan global keselamatan,
01:07keselamatan penerbangan, kecekapan dan kelestarian menyokong apa-apa usaha baru oleh kerajaan
01:13atau pasukan teknikal untuk mengesan pesawat Boeing 777 yang hilang itu.
01:18Lokasi terakhir pesawat masih belum ditemui.
01:21Walsh berkata persatuan itu mengalu-alukan sebarang usaha yang boleh menyumbang kepada kemajuan sesatan
01:27sambil menegaskan bahawa kehilangan MH370 terus memberi kesan mendalam kepada keluarga, industri dan masyarakat umum.
01:343 Disember lalu, Kementerian Pengangkutan Malaysia mengumumkan bahawa pencarian dasar laut bagi MH370
01:40akan disambung semula pada 30 Disember ini.
01:43Ocean Infinity telah mengesahkan kepada kerajaan Malaysia bahawa ia akan memulakan semula operasi pencarian dasar laut
Be the first to comment