00:00Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman penjara sehari dan dendal sebanyak RM400 oleh Mahkamah Magistret Melaka
00:09selepas mengaku bersalah mencuri beberapa barangan termasuk minuman keras dari sebuah pasaraya di Cheng dua tahun lalu.
00:18Tertuduh Tengku Azman Tengku Jalal 46 tahun dan Siti Nurulaini Johari 40 tahun
00:24membuat pengakuan itu di hadapan Magistret Nur Afiqah Radiah Zainurin pada selasa.
00:31Mengikut pertuduhan, pasangan berkenaan didakwa bersama-sama mencuri pelbagai barangan
00:36termasuk 12 unit WC perkat seberat 1.666 gram, 5 ekor ikan cencaru, 2 jenis deodoran, kicap dan 4 tim minuman keras bernilai keseluruhan RM70.69.
00:51Kesalahan itu dilakukan pada 27 September 2023, kira-kira jam 6.30 petang di Pasar Raya Lotus Cheng di Taman Paya Rumput Utama dalam daerah Melaka Tengah.
01:05Pasangan tersebut didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
01:16Timbalan pendakwa raya Hanis Alia Ahmad Kamarun Najuib memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh.
01:25Bagaimanapun, peguam yang mewakili mereka, Amripal Singh merayu agar hukuman diringankan kerana ia merupakan kesalahan pertama pasangan itu.
01:35Amripal dalam hujahannya turut memberitahu bahawa Siti Nurulaini tidak bekerja dan menghidap sakit buah pinggang, manakala suaminya bekerja sebagai penghantar barang bagi menyara keluarga termasuk tiga anak.
01:50Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara satu hari dan denda RM400 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda.
01:58Terima kasih kerana menonton!
Comments