KKM jalankan kajian menyeluruh tingkatkan mobilisasi anggota kesihatan bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam selaras agenda reformasi dan keperluan fasiliti negara.
00:00Kementerian Kesihatan KKM akan melaksanakan kajian meluruh bagi menambah baik pelaksanaan mobilisasi anggota kesihatan di seluruh negara.
00:09Menurut kenyataan KKM, kajian itu bertujuan menganalisis impak pelaksanaan mobilisasi anggota kesihatan dan menilai keboleh laksanaannya pada masa hadapan.
00:19Menurut kenyataan itu, KKM sentiasa komited untuk melaksana penambahbaikan berterusan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang terbaik diberikan kepada rakyat, khususnya di fasiliti kesihatan.
00:34Jelasnya, usaha itu selaras dengan kenyataan Ketua COC Negara Tan Sri Syamsul Azri Abu Bakar bahawa kerajaan terus memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam melalui penempatan semula pegawai perubatan dan anggota polis di lokasi lebih memerlukan sebagai sebahagian daripada agenda merakyatkan perkhidmatan.
00:52Ketua COC Negara dalam Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam pada 7 Disember lepas dilaporkan berkata sebanyak 380 pegawai perubatan terlibat dengan pelaksanaan mobilisasi di peringkat ibu pejabat dan fasiliti kesihatan.
01:05Menurut KKM, usaha itu turut menyokong inisiatif pengukuhan agensi barisan hadapan di bawah teras keberhasilan reformasi 3 Pembangunan Organisasi Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam ARPA yang menumpukan aspek mobilisasi penjawat awam bagi merakyatkan penyampaian perkhidmatan khususnya perkhidmatan kesihatan.
Be the first to comment