Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
UMNO mengumumkan pelantikan barisan kepimpinan baharu Badan Perhubungan UMNO Sabah yang diketuai YB Datuk Jafry bin Ariffin sebagai Pengerusi, Datuk Haji Mohd Hasnol Ayub sebagai Timbalan Pengerusi dan Tuan Haji Samasuddin Yusop sebagai Setiausaha. Pelantikan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu bertujuan memperkukuh kesinambungan pentadbiran serta penyelarasan gerak kerja parti di Sabah. UMNO turut menyeru seluruh ahli memberikan sokongan penuh bagi memastikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan kerajaan Negeri Sabah.
Transcript
00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera.
00:02Anda sedang menonton Buletin Awani bersama saya, Jiji Ahmad.
00:04Kita mulakan dengan berita ini.
00:06Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Jafri Afri Ifin, hari ini dilantik pengurusi
00:11Badan Penghubungan UMNO Sabah yang baru.
00:13Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah,
00:16sebelum ini menyandang jawatan setiusa UMNO Negeri,
00:19menggantikan oleh Raham Datuk Seri Bung Mokhtar Radin yang meninggal dunia Jumaat lalu.
00:24Setiusa Agung UMNO, Datuk Dr. Ashawajidi Dusuki memaklumkan
00:27pelantikan itu dipersetujui Presiden Parti Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi
00:31selaras dengan fasal 12.5 Perlembagaan UMNO.
00:35Ashawajidi yang turut mengumumkan pelantikan Ahli Majlis Setinggi Parti
00:39Datuk Rahmat Hasnul Ayub sebagai timbalan pengurusi UMNO Sabah
00:42manakala Ketua UMNO bahagian Kelabakan sama Sudin Yusuf
00:45dilantik setiusa parti.
00:48Pelantikan ini bertujuan memastikan kesinambungan pentadbiran,
00:51memperkukuh penyelarasan parti,
00:52serta mengkoordinasikan gerak kerja UMNO di Sabah
00:56secara lebih tersusun dan berkesan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended