Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (PGCEO) Prasarana Malaysia Berhad, Amir memaklumkan bahawa struktur pasukan mereka hampir lengkap dan bersedia untuk masuk ke fasa seterusnya. Beliau berkongsi tentang kesiapsiagaan operasi dan status kemajuan Projek LRT Laluan Shah Alam.
00:00Untuk maklumat semua, layuan sya'alam memerlukan lebih kurang 855 tenaga kerja bagi operasi penyelenggaraan dan juga sokongan. Setakat November 2025, kami sudah mencapai 93% tenaga kerja. Bagi operasi penyelenggaraan, kami berada pada tahap 94% manakala kumpulan sokongan sekarang berada pada 84%.
00:25Secara keseluruhannya, struktur pasukan kita hampir lengkap dan bersedia untuk masuk ke pasar selanjutnya.
00:37Bagi komponen latihan dari segi latihan yang seperti mana yang saya maklumkan, jurulatih dalaman kami telah mengikuti latihan yang dijaduakan oleh pengeluar peralatan asal atau OEM
00:50dan telah mencapai tahap 99.3% setakat November 2025.
00:56Latihan yang dijalankan oleh OEM ini berkonsepkan latihan pengajar utama atau key structure training.
01:03Tujuannya adalah melengkapkan individu dengan kemahiran kaedah penyampaian dan pengetahuan yang diperlukan untuk melaksanakan sesi latihan yang berkesan dan menarik kepada peserta-peserta lain.
01:14Pengajar ini bukan sekadar memberi tumpuan kepada kepakaran kandungan tapi juga kepada kemahiran dalam seni dan kaedah mengajar yang diperlukan untuk memudah cara pembelajaran dan memastikan pengekalan ilmu secara berterusan.
01:29Untuk latihan tenaga kerja bagi semua staf operasi dan penyelenggaraan kita juga berada pada tahap yang amat membanggakan itu 99.3% setakat November 2025.
01:40Ini bermaksud dari sudut kompetensi pasukan kita telah bersedia untuk mengenalikan sistem dengan selamat dan efisien.
Be the first to comment