Pendekatan inklusif itu merangkumi penyediaan perkhidmatan penting seperti pusat rehabilitasi serta semakan semula undang-undang dan peraturan berkaitan supaya pelaksanaan inisiatif dapat dipercepat dan memberi impak terbaik kepada rakyat.
00:00Salam sejahtera, anda bersama saya Nero Zeman. Seperti biasa jam ini kami akan bawakan pelbagai rangkuman berita niaga ekonomi dari pingkat tempatan hinggalah ke antarabangsa dalam segmen niaga awal ini dan kita akan mulakan dengan perkembangan ini dahulu dengan Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim menegaskan keperluan melaksanakan program pelindungan sosial secara inklusif merangkumi seluruh negara dan semua segmen masyarakat.
00:21Anwar yang juga Menteri Keuangan berkata pendekatan inklusif itu merangkumi penyediaan perkhidmatan penting seperti pusat rehabilitasi serta semakan semula undang-undang dan peraturan berkaitan supaya pelaksanaan inisiatif dapat dipercepat dan memberi impak terbaik kepada rakyat.
00:36Dalam mesyuarat Majlis Pelindungan Sosial Malaysia MySPC kali ke-9 Bill 2 tahun 2025 yang dipengerusikan beliau, Anwar berkata mesyuarat tersebut adalah bagi memperkukuh penyelarasan dasar dan pelaksanaan agenda pelindungan sosial negara.
00:53Mesyuarat turut mengambil maklum penambahbaikan sistem pangkalan data utama PADU yang dipacu Kementerian Ekonomi serta pembentangan kertas kerja oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial Perkeso, Bank Dunia dan Kementerian Ekonomi dalam usaha memperkukuh ekosistem pelindungan sosial negara.
01:09Pada mesyuarat itu, Perdana Menteri turut mengucapkan taniah kepada Perkeso atas pelantikan semula sebagai Presiden Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa, ISSA, bagi penggal 2026 hingga 2028 yang disifatkan sebagai periktirafan besar buat Malaysia di pentas global.
01:26Beliau turut menghargai penerbitan Statistik Pelindungan Sosial Malaysia 2024 sebagai rujukan penting dalam meningkatkan keberkesanan penyampaian dasar kepada rakyat di seluruh negara.
Be the first to comment