Skip to playerSkip to main content
  • 2 months ago
Proses pemakluman kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum dibuat kerana tumpuan ketika ini diberikan kepada sidang bajet 2026 serta upacara angkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu.
Transcript
00:00Kita teruskan dengan laporan yang baru kami terima, proses pemakluman kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Dun Lamak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya SPR belum dibuat kerana tumpuan ketika ini diberikan kepada Sidang Bajet 2026 serta Upacara Angkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Bahru.
00:17Speaker Dun Sabah Datuk Suri Kazim M. Yahya berkata, tiada keperluan untuk tergesa-gesa mengenai pemakluman tersebut memandangkan pihaknya sedang menyelesaikan urusan berkaitan perjalanan Dewan selepas pilihan Raya Negeri ke-17 berlangsung baru-baru ini.
00:33Bercakap kepada Sinar Harian, Kazim menjangkakan perkara itu akan dimaklumkan kepada SPR selepas semua urusan berkaitan selesai bagi memastikan kelancaran pentadbiran Dewan tidak terjejas.
00:43Kekosongan kerusi Dun Lamak berlaku, susulan penyandangnya Datuk Seri Bung Mokhtar Adin meninggal dunia pada Jumat lalu, kira-kira enam hari selepas kemenangan beliau di kerusi tersebut dalam PRN berkenaan.
Comments

Recommended