Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Seorang wanita ditahan selepas dipercayai mendera pembantu rumah warga tempatan di kediamannya di Rawang, Selangor, pada Ahad.
Transcript
00:00Dua beranak yang didakwa mendera pembantu rumah warga tempatan di kediaman mereka di Rawang ditahan polis pada Ahad Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Nur Arifin Mohd Nasir berkata kedua-dua suspek yang berusia 57 dan 30 tahun itu ditahan reman 4 hari bermula Isnin.
00:18Nur Arifin memberitahu pemeriksaan kesihatan mendapati mangsa yang berusia 22 tahun itu mengalami kesan kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk kesan lecur di tangan.
00:32Berdasarkan keterangan awal, mangsa dipercayai bekerja dengan suspek sejak September lalu dan tidak dibayar gaji.
00:39Mangsa kini ditempatkan di rumah pelindungan selepas diselamatkan jiran.
00:43Media pada Ahad melaporkan mangsa nekat melarikan diri sebelum meminta bantuan jiran selepas dipercayai didera majikannya.
00:52Mangsa yang tidak tahan dipukul, ditumbuk, dicucuk dengan gunting serta ditekap dengan pisau pada tangannya bertindak keluar dari rumah berkenaan untuk mendapatkan bantuan jiran sebelum berjaya diselamatkan.
01:06Mangsa kemudian dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
01:10Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 8.38 malam Sabtu lalu.
01:17Susulan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
01:23Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 12 dan Seksyen 13 Akta Anti Pemendagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran Atip Som 2007.
01:31ideology di ke никогда di perubahan sekitar.
01:44Terima kasih atas.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended