Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Jepun mengekalkan tahap kesiapsiagaan tinggi terhadap aktiviti ketenteraan China di sekitar Laut China Timur, sambil terus memantau dan mengumpul maklumat secara menyeluruh bagi memastikan keselamatan serantau.
Transcript
00:00Jepun menyuarakan kebimbangan pada Jumaat berhubung aktiviti ketenteraan China di rantau Asia Timur.
00:06Kebimbangan itu disuarakan selepas laporan Reuters mendedahkan
00:09Beijing telah mengerahkan sejumlah besar kapal di peairan Asia Timur minggu ini
00:14yang disifatkan sebagai demonstrasi maritim terbesar setakat ini.
00:21Menteri Pertahanan Jepun Shinjiro Koizumi ketika ditanya mengenai aktiviti China di Laut China Timur berkata
00:28Jepun sedar tentang laporan tersebut dan sedang memantau pergerakan ketenteraan China dengan teliti
00:34namun enggan mengulas mengenai butiran penempatan kapal.
00:38Media sebelum ini melaporkan China
01:06mengerahkan lebih 100 kapal tentera laut dan pengawal pantai di peairan Asia Timur
01:11berdasarkan sumber dan laporan risikan yang diperoleh agensi berita itu.
01:16Tentera China setakat ini belum memberikan sebarang komen
01:19namun jurucakap Kementerian Luar Negara itu menegaskan
01:23aktiviti tentera laut dan pengawal pantai di kawasan maritim berkenaan
01:26mematuhi sepenuhnya undang-undang domestik dan antarabangsa.
01:30Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended