Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Pentadbiran Trump umum dasar imigresen lebih ketat dengan memendekkan tempoh permit kerja pelarian, pencari suaka dan pendatang dari lima tahun kepada 18 bulan. USCIS berkata langkah ini bagi membolehkan pemeriksaan lebih kerap terhadap warga asing.
Transcript
00:00Baik pentadbiran Donald Trump pada Khamis mengumumkan langkah mengetatkan dasar immigration dengan memindikkan tempoh permit kerja untuk pelarian, pencari suaka dan pendatang lain di Amerika Syarikat daripada 5 tahun kepada 18 bulan.
00:14Perkhidmatan Kewarga Negaraan dan Immigration AS, USCIS berkata perubahan itu akan membolehkan pemeriksaan lebih kerap dilakukan terhadap warga asing.
00:24The Wall Street Journal melaporkan bahawa pelarasan itu menjejaskan ratusan ribu orang selain memberi kesan kepada syarikat yang bergantung kepada pencari suaka yang memegang perlimit kerja termasuk filma pembukusan daging.
00:42Immigration menjadi tumpuan utama pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
00:46Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, hampir 2 juta orang telah meninggalkan Amerika Syarikat sejak Trump mengambil alih jawatan pada Januari, termasuk 530,000 pengusiran dan 1.6 juta orang yang berhijrah pulang secara sukarela.
01:02Ia turut menetapkan sasaran untuk meningkatkan pengusiran kepada 600,000 menjelang akhir tahun.
01:10White House mengabalkan perpindahan ini sebagai sebahagian daripada pengusiran bersebasaran yang berterusan.
01:17Di kebanyakan bandar yang selalunya ditakbil oleh Parti Demokrat, pegawai penguasaan imigresi dan kastam persekutuan atau ICE menyasarkan pendatang yang didakwa melakukan jenayah.
01:28The Washington Post melaporkan bahawa di ibu negara Washington, 80% daripada mereka yang ditahan tidak mempunyai rekod sabitan jenayah.
01:37Pada 11 Ogos, Trump mengisytiharkan darurat keselamatan awam di Washington, mendakwa bandar raya itu dipenuhi kumpulan ganas dan perjenayah haus darah.
01:47Sejak itu, pasukan ICE telah menahan kira-kira 1,100 orang di ibu negara.
01:53Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended