Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kerajaan meneliti cadangan Kod Etika Pempengaruh bagi kawal maklumat di media sosial, terutama isu sensitif, kata Datuk Fahmi Fadzil.
Transcript
00:00Baik kerajaan sedang meneliti cadangan seorang pakar untuk mewujudkan kod etika pempengaruh bagi mengawal penyebaran maklumat di media sosial, terutamanya dalam isu sensitif.
00:10Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fadil berkata, beliau berhasrat untuk bertemu pakar yang mencadangkan langkah itu untuk memahaminya dengan lebih lanjut.
00:18Namun katanya pada ketika ini, kerajaan belum ada pelan untuk mengenakan apa-apa syarat terhadap pempengaruh.
00:23Saya berhasrat untuk bertemu dengan pakar tersebut untuk cuba memahami dengan lebih lanjut kerana pada waktu ini kerajaan tidak mengenakan apa-apa syarat lesen ataupun mengawal selia pempengaruh.
00:44Tapi dalam beberapa insiden baru-baru ini seperti rakan-rakan media sedemaklum, khusus berkait inquest Allahyarham Zara Khairina, pihak Kementerian Komunikasi dan Jabatan Penerangan ada menerima aduan.
01:01Pihak media rasmi tidak dibenarkan membuat pelaporan tapi ada pempengaruh yang ataupun mereka yang tidak diberikan akreditasi, mereka dapat membuat pelaporan.
01:16Jadi kita akan teliti. Saya akan jemput pakar tersebut untuk adakan sedikit perbincangan untuk cuba faham sudut pandang beliau.
01:24Fahmi berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2025 di Putrajaya pada Jumaat.
01:31Carangan itu sebelum ini dikemukakan oleh pakar perang saraf Dr. Nur Nirwandi Madnurdin yang menegaskan kod etika pempengaruh penting bagi mengekang penyebaran pandangan tidak berasaskan kepakaran, terutamanya isu sensitif dan berimpak besar di media sosial.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended