IndiGo, syarikat penerbangan terbesar India, membatalkan 500 penerbangan termasuk dari New Delhi akibat kegagalan mematuhi peraturan baharu masa bertugas juruterbang. Pihak berkuasa beri pengecualian sementara sehingga 10 Februari
00:00Pertama kembali, industri penerbangan India terus bergolak untuk hari keempat apabila syarikat penerbangan terbesar negara itu Indigo membatalkan kira-kira 500 penerbangan pada Jumaat termasuk semua penerbangan dari ibu negara New Delhi.
00:14Pembatalan besar-besaran ini berpunca daripada kegagalan syarikat merancang jadual penerbangan mengikut peraturan baru masa bertugas juruterbang yang berkuatkuasa awal November.
00:23Di lapangan terbang utama seluruh India, ribuan penumpang yang terkandas meluahkan rasa tidak puas hati malah ada yang bertengkar dengan kaki tangan kerana kelewatan dan pembatalan berterusan.
00:37Situasi ini menimbulkan tekanan besar kepada operasi syarikat penerbangan dan pihak berkuasa.
00:43Indigo yang menguasai 60% pasaran penerbangan India menjagakan operasi penuh hanya dapat dipulihkan menjelang 10 Februari
00:50namun tidak memberikan jaminan bila pembatalan harian akan berakhir.
00:54Syarikat itu juga belum mengumumkan pelan pemulihan meneluruh bagi mengatasi masalah ini.
01:00Terbaharu pihak berkuasa memberikan pengecualian sementara kepada Indigo daripada peraturan ketat berkaitan tugas malam juruterbang sehingga 10 Februari.
01:09Peraturan baharu yang diumumkan tahun lalu menetapkan juruterbang perlu mendapat rehat tambahan 12 jam setiap minggu menjadikan jumlah rehat 48 jam.
01:17Selain itu, mereka hanya dibenarkan melakukan dua pendaratan waktu malam seminggu berbanding enam sebelum ini.
Be the first to comment