Banjir yang melanda Bagan Datuk sejak hampir dua minggu lalu disifatkan sebagai yang terburuk dalam tempoh lebih 50 tahun. Mangsa di PPS mendakwa keadaan kali ini lebih parah berbanding banjir besar pada tahun 2015.
00:00Bertemu kembali, banjir yang melanda daerah Bagan Datuk sejak hampir 2 minggu lalu adalah yang terburuk sejak lebih 50 tahun lalu.
00:07Menurut beberapa mangsa yang ditemui di Pusat Pemindahan Sementara PPS, sebelum ini walaupun banjir besar pernah berlaku pada tahun 2015, tetapi kali ini lebih buruk.
00:17Seorang peniaga, Abdul Qadil Jailani dari kampung Sungai Nipah Rungkub, menyifatkan banjir kali ini lebih merbahaya dan menakutkan berbanding yang pernah berlaku sejak dia dilahirkan 58 tahun lalu.
00:33Sekarang ini dalam keadaan yang amat bahaya sebenarnya, air mendadak naik. Kami diarahkan untuk berpindah.
00:40Jadi, saya duduk di sini lebih kurang dalam 10 hari lah. Daripada hari selasa petang yang lepas sampai ke hari Jumaat, lebih kurang 10 hari saya duduk di sini.
00:56Dalam keadaan yang sekarang ini, ada dengar cerita berkenaan dengan gelombang kedua. Bukan tak takut. Sebenarnya kami takut nak menghadapi masalah ini.
01:05Pengalaman yang telah sudah menyebabkan kami rasa sangat-sangat takut.
01:08Sementara itu, Suri Rumah Rahmah Mat Isa, 67 tahun, dari kampung Sungai Haji Mohamad Sulekof, mengakui sangat trauma kerana tidak pernah mengalami banjir seteruk sekarang.
01:22Sedalam-dalamnya airnya tidak pernah. Laju sangat. Itulah makcik nak ikut orang pindah. Kalau tidak makcik tak nak juga pindah macam ini.
01:32Bukannya senang. Kita nak pindah. Lagi pun kakinya sakit. Tak boleh nak berjalan.
01:39Sudah kerana macam itu tadi terpaksalah ikut pindah.
01:44Ini pun ada lagi. Tak boleh nak balik macam mana. Tak tahulah tengoknya.
01:50Sedalam-dalamnya lagi. Sudah 10 hari lebih. Nak dekat lima belah pun mamukamaknya.
01:56Bagi Sarimah Syahruddin, 59 tahun yang tinggal di kampung Sungai Belukang berkata, hampir semua rumah di kampungnya dinaiki air sehingga paras pinggang.
02:06Memang paling teruk. Memang paling teruk. Bukan rumah saya je. Semua satu kampung macam tu.
02:14Masa 24 hari bulan ni lah. 24 hari bulan. Hari Isnin. Rasanya hari Isnin 24 hari bulan tu.
02:21Dalam lebih kurang dalam enam setengah atau pukul tujuh lah.
02:24Air tiba-tiba macam ban pecah. Masuk dia punya lajunya.
02:28Sampahat. Perha dah. Dah tak boleh nak selamat apa-apalah.
02:32Kita tinggal tiga orang je dengan cucu kecil.
02:36Lepas tu, telefon apa pun tak ada apa yang masuk.
02:40Bila pun tak nampak. Jepam pun tak nampak. Bomba tak nampak.
02:43Sebab jalan udah sama paras dengan parik. Parik kan rendah.
02:47Jadi jalan kampung tu pun, diorang takut nak masuk.
02:51Jadi saya telefon nantu. Menantu yang selamatkan saya daripada rumah.
02:55Biarpun bersyukur kerana kebajikan sentiasa terjaga sepanjang 10 hari di PPS,
03:00mereka masih bimbang keadaan rumah yang terlalu lama ditinggalkan
Be the first to comment