Fenomena supermoon menghiasi langit Kepulauan Canary pada Khamis, dikenali sebagai ‘Cold Moon’. Bulan penuh Disember ini memancarkan cahaya perak indah, menarik perhatian penduduk dan pelancong serta mencetuskan perbualan hangat di media sosial.
00:00Baik, peminat astronomi di Kepulauan Canary disajikan dengan pemandangan menakjubkan pada Khamis apabila fenomena supermoon menerangi langit malam.
00:09Cahaya bulan yang luar biasa terang turut menarik perhatian orang ramai di seluruh Kepulauan Sepanyol itu.
00:16Fenomena ini dikenali sebagai cold moon iaitu bulan penuh pada bulan Desember yang memancarkan cahaya perak indah di atas landscape Grand Canaria.
00:26Ramai penduduk dan pelancong berhenti seketika untuk menikmati keindahan langit malam yang jarang berlaku.
00:33Menurut balai cerap di Raja Greenwich di London, supermoon berlaku apabila bulan penuh berada dalam jarak 10% daripada kedudukan paling dekat dengan mumi.
00:42Ini menjadikan bulan kelihatan lebih besar dan lebih terang berbanding biasa.
00:47Fenomena ini bukan sahaja memukau permahati langit tetapi juga menjadi peluang bagi jurugambar merakam keindahan alam semula jadi.
00:54Gambar-gambar bulan yang bersinar terang mula turar di media sosial mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan pengguna.
01:03Supermoon Desember ini menandakan penutup tahun dengan pemandangan yang mempesona mengingatkan kita tentang keajaiban alam semesta yang setiasa mengagumkan.
01:13Fenomena ini dijangka berulang beberapa kali pada tahun hadapan bergantung pada kedudukan orbit bulan.
Be the first to comment