Shadow banking China kembali aktif apabila syarikat pelaburan dan kenderaan pembiayaan milik kerajaan tempatan mula meminjam berbilion dolar daripada syarikat amanah dan firma pajakan sejak September.
00:00Tindakan kerajaan China mengekang pinjaman kerajaan tempatan waksa entiti milik negeri termasuk di wilayah kaya mendapatkan pembiayaan mahal daripada pemberi pinjaman bukan bank, sekaligus meningkatkan risiko dalam segmen keuangan yang kurang telus.
00:14Pasaran shadow banking China yang lebih longgar peraturannya berbanding bank tradisional kembali aktif apabila syarikat pelaburan dan kenderaan pembiayaan milik kerajaan tempatan mula meminjam berbilion dolar daripada syarikat amanah dan firma pajakkan sejak September.
00:32Kadar faedah yang dikenakan mencecah 8% atau lebih, lebih tiga kali ganda kos pinjaman pasaran bon.
00:38Permintaan tinggi ini berpunca daripada tindakan Beijing menghadkan hutang melalui Local Government Financing Vehicles atau LGFV yang sekaligus menutup akses mereka kepada pembiayaan lebih murah seperti pinjaman bank dan jualan bon.
00:53Keadaan ini menyumbang kepada kejatuhan pelaburan infrastruktur.
00:58Dengan pembayaran faedah yang meningkat dan kos projek yang perlu diselesaikan, banyak entiti terpaksa menampung semula pembiayaan pada kadar yang lebih tinggi untuk mengelakkan kegagalan bayaran.
01:09Penurunan besar dalam penerbitan bon LGFV turut mengukuhkan kebergantungan kepada pinjaman tidak standar.
01:16Fitch Ratings menganggarkan hutang LGFV melebihi 60 triliun yuan dengan sebahagian kecil terdiri daripada pembiayaan tidak standar daripada bank bayangan.
01:25Kebangkitan semula pinjaman ini dianggap sebagai langkah kebelakang dalam usaha kerajaan menukar hutang tersembunyi kepada hutang rasmi kerajaan tempatan.
Be the first to comment