Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 139 warga asing dalam serbuan ke atas 13 premis dipercayai menjadi pusat kegiatan maksiat dan pelacuran di sekitar ibu negara, pada Ahad.
Transcript
00:00Bertemu kembali. Jabatan Imigresen Jim menahan 139 warga asing dalam serbuan ke atas 13 premis, dipercayai menjadi pusat kegiatan maksiat dan pelancuran di sekitar Ibu Negara pada Ahad.
00:14Pengarah bagian penguatkuasaan Jim Basri Othman berkata, operasi bermula 11.30 pagi itu menumpukan kawasan tumpuan warga asing,
00:23iaitu di Jalan Petaling, Jalan Imbi dan Jalan Pudu dengan keseluruhan 205 individu diperiksa.
00:31Warga asing yang ditahan atas pelbagai kesalahan terdiri daripada 27 lelaki serta 112 wanita berusia antara 20 hingga 65 tahun dan berasal dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh, India, Nepal dan Sri Lanka.
00:47Selain itu, 20 lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki kapten atau penjaga premis.
00:54Basri berkata perkhidmatan itu ditawarkan pada harga serendah RM60 kepada pelanggan warga asing dan tempatan,
01:01dengan wanita tersebut hanya bekerja di situ, manakala tempat tinggal disewa di lokasi lain.
01:06Selain itu, siasatan mendapati premis terlibat beroperasi 24 jam sehari menerusi dua syif,
01:13iaitu dari 6 pagi hingga 6 petang dan bersambung hingga keesokannya dengan pelanggan boleh datang secara terus tanpa perlu membuat tempahan.
01:22Pemeriksaan mendapati premis itu telah mengubah suai struktur bangunan dengan membinda dinding pemisah secara haram.
01:29Katanya, imigresen akan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa tempatan PBT untuk tindakan penguatkuasaan.
01:37Basri berkata siasatan turut dijalankan untuk memastikan jika semua premis yang menggunakan modus operandi sama itu dijalankan satu sindiket.
01:46Beliau berkata sebuah kereta Nissan Latio dipandu dan membawa penumpang warga asing juga cuba melarikan diri ketika serbuan dijalankan di Jalan Petaling namun berjaya dipintas pasukan operasi.
01:57Kesemua yang ditahan dibawa ke depok imigresen lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLIA beranang dan semenyih untuk tindakan lanjut.
02:06Terima kasih.
02:07Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended