Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Penduduk di sekitar Aceh Tamiang kini berdepan peningkatan penyakit dan kekurangan rawatan kesihatan selepas banjir maut yang melanda kawasan itu melumpuhkan satu-satunya hospital yang masih beroperasi.
Transcript
00:00Bertemu kembali, kita beralih ke berita antarabangsa.
00:03Penduduk di sekitar Aceh, Tamiang kini berdepan peningkatan penyakit dan kekurangan rawatan kesihatan
00:09selepas banjir maut yang melanda kawasan itu melumpuhkan satu-satunya hospital yang masih beroperasi.
00:15Banjir dan tanah runtuh akibat taufan minggu lalu meranapkan tiga wilayah di Sumatera,
00:20termasuk Aceh, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 940 orang, manakala 276 lagi masih hilang.
00:30Ketika ribuan penduduk kehilangan rumah yang dihanyutkan lumpur dan sisa runtuhan,
00:34penyakit seperti ciri birit, demam serta mialgia semakin memburuk.
00:39Kementerian Kesehatan Indonesia menjelaskan gejala itu berpunca daripada keadaan persekitaran
00:43dan penempatan sementara yang masih tidak pulih selepas bencana.
00:46Di Hospital Tunggal Aceh, Tamiang, pesakit dan petugas kesihatan memberitahu mengenai keadaan yang semakin meruncing.
00:54Saksi melihat peralatan perubatan di Selaputi, Lumpur, jarum suntikan pertaburan di lantai,
00:58manakala bekala ubat hilang dihanyutkan air banjir.
01:03Seorang jururawat berkata hospital hampir lumpuh akibat kekurangan ubat.
01:07Petugas cuba menyelamatkan ventilator di unit rawatan rapi bayi,
01:11namun gagal selepas ia ditenggelami air yang meningkat pantas.
01:14Seorang bayi meninggal dunia, manakala enam lagi berjaya diselamatkan katanya.
01:19Kementerian Kesehatan Indonesia turut maklumkan bahawa 31 hospital dan 156 pusat kesihatan
01:25di tiga wilayah terjejas turut mengalami kerosakan akibat banjir.
01:30Pada ahad, Presiden Prabowo Subianto melawat Aceh dan mengarahkan kerja pembaikan jambatan
01:34serta empangan dipercepatkan selain mengumumkan pembatalan pinjaman mikro untuk petani yang terjejas.
01:41Kerajaan tempatan di Sumatera terus menggesel Jakarta mengisytiharkan darurat nasional
01:45bagi membuka lebih banyak dana untuk operasi menyelamat dan bantuan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended