Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Inisiatif itu juga bagi menyahut cabaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar GLICs and GLCs memperkasa pembangunan ekonomi Bumiputera di bawah Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) untuk melahirkan lima hingga 10 syarikat bumiputera yang berjaya.
Transcript
00:00Permodalan Nasional Birhad PNB bersama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan GLIC lain komited untuk menerajui inisiatif 10 juara Bumi Putera yang bermaklamat mewujudkan 10 syarikat dengan masing-masing mempunyai modal pasaran atau nilai perusahaan sekurang-kurangnya RM500 juta menjelang 2030.
00:19Timbalan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Rik Ramli berkata inisiatif yang bertujuan memacu pertumbuhan MAPAD dan memperkasa komuniti Bumi Putera adalah di bawah program pengaktifan dan reformasi entiti berkaitan kerajaan gear up dan sebahagian daripada agenda ekonomi madani.
00:36Ujanya, GLIC kini sedang dalam proses menilai dan menyenarai pendek syarikat terbabit bagi tujuan pengaktifan fasa sokongan.
00:46Hampir 170 syarikat telah melalui saringan awal manakala sebanyak 30 hingga 40 syarikat yang sedang diteliti untuk melepasi saringan akan disenarai pendek kepada 10 syarikat pada suku pertama 2026.
00:59Enam GLIC yang terbabit adalah PNB, Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan, KUAP, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP, Kazanah Nausina Berhad, Lembaga Tabung Haji TH dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera LTAT.
01:13Menjelaskan selanjutnya, Rik berkata inisiatif itu juga bagi menyahut cabaran Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim agar GLIC dan GLCs memperkasa pembangunan ekonomi Bumi Putera di bawah Pelan Transformasi Ekonomi Bumi Putera 2035 untuk melahirkan 5 hingga 10 syarikat Bumi Putera yang berjaya.
01:33Di bawah inisiatif itu, PNB dan GLIC lain akan memperkasa pertumbuhan syarikat Bumi Putera dengan mengenal pasti syarikat yang mempunyai asas kukuh dan berpotensi serta menyokong mereka untuk mencapai tahap baharu.
01:46Sokongan itu merangkumi pembangunan kapasiti, memudahkan akses pasaran melalui rangkaian luas GLIC, memberi panduan strategi untuk mempercepat pengembangan dan membangunkan pelan penciptaan nilai dengan pihak pengurusan bagi merangka strategi pertumbuhan yang disesuaikan untuk meningkatkan nilai jangka panjang.
02:05Ujannya syarikat Bumi Putera masih menerima cabaran untuk berkembang, membina kapasiti, akses pasaran, pembiayaan dan sebagainya.
02:12Ini sekaligus menghadkan keupayaan syarikat berkenaan untuk menekses pasaran modal dan berikutan itu, tidak banyak syarikat Bumi Putera baharu yang tersenarai di busa Malaysia.
02:23Sebanyak RM40 juta telah diluluskan dalam Belanjawan 2026 untuk mempercepatkan proses peningkatan skala syarikat Bumi Putera berpotensi tinggi.
02:32Rik berkata, sasaran nilai perusahaan yang ditetapkan adalah sebanyak RM500 juta yang menjadi syarat modal pasaran untuk disenaraikan di pasaran utama bursa Malaysia.
02:42Pada akhir tempoh lima tahun nanti, jika inisiatif ini berjaya, syarikat-syarikat berkenaan berada pada tahap skala yang sesuai dan akan mempunyai keupayaan untuk menekses pasaran modal dan berpotensi untuk disenaraikan melalui tawaran awam permulaan IPO,
02:57namun keputusan untuk menaraikan syarikat di bursa tetap bergantung kepada pihak pengurusan syarikat tersebut.
03:05Langkah penyenaraian membolehkan syarikat ini menarik pelaburan baharu daripada kalangan pemegang saham serta orang ramai.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended