Dalam satu perbualan telefon, pemimpin kedua-dua negara bertukar pandangan mengenai geopolitik global dan perkembangan antarabangsa terkini yang menjejaskan kestabilan serta masa depan manusia.
00:00Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dan rakan sejawatnya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan mengadakan perbincangan melalui telefon pada Sabtu mengenai geopolitik global dan pengerahan tentera di Karibian.
00:12Menurut Menteri Luar Venezuela, Ivan Gill, dalam satu kenyataan, dalam perbualan itu Erdogan menyatakan kebimbangan mendalam terhadap ancaman dihadapi Venezuela sejak kebelakangan ini.
00:22Ini khususnya pengerahan tentera dan pelbagai tindakan yang bertujuan mengugat keamanan dan keselamatan di Karibian.
00:31Kedua-dua pemimpin bertukar pandangan mengenai geopolitik global dan perkembangan antarabangsa terkini yang menjejaskan kestabilan serta masa depan manusia menurut kenyataan itu.
00:42Maduro menyifatkan tindakan ketenteraan di Karibian sebagai tindakan pencerobohan yang tidak sah, tidak seimbang, tidak pelu dan bahkan keterlaluan.
00:55Justru tambahnya Venezuela akan terus berusaha untuk keamanan.
00:59Mengenai kerjasama dua hala, Maduro berkata Venezuela bersedia memajukan kerjasama dengan Ankara untuk mencapai sasaran perdagangan berjumlah $3 bilion Amerika.
01:08Menurut kenyataan itu, kedua-dua pihak turut bersetuju mengenai kepentingan memulihkan perkhidmatan udara terus antara Karakas dan Istanbul bagi memudahkan perjalanan ribuan pelancong dan pelabur.
01:22Maduro juga menjemput Erdogan melawat Venezuela tahun depan untuk menghadiri mesyuarat kelima Suruhanjaya Kerjasama Bersama.
Be the first to comment