Menteri Luar Lubnan, Youssef Rajji, menegaskan bahawa keputusan akhir mengenai sama ada kumpulan bersenjata disokong Lubnan, Hezbollah akan menyerahkan senjatanya terletak pada Iran.
00:00Dalam pada itu, Menteri Luar Lubnan Yusuf Raji menegaskan bahawa keputusan akhir mengenai sama ada kumpulan bersenjata disokong Lubnan, Hezbollah, akan menyerahkan senjatanya terletak pada Iran.
00:12Beliau berkata isu tersebut dibangkitkan dalam perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Iran, Abbas Araqci.
00:19Menurut beliau, Hezbollah tidak akan menyerahkan senjatanya tanpa keputusan dari Iran di mana pada masa ini ia lebih menumpukan kepada pemeliharaan diri dan mendapatkan semula kuasa.
00:31Katanya pelucutan senjata Hezbollah dan pembubaran struktur ketenteraannya adalah tuntutan Lubnan sendiri tanpa mengira tekanan antarabangsa.
00:40Bertentangan dengan dakwaan Hezbollah, Yusuf berkata senjata kumpulan itu gagal menyokong Gaza, membebaskan Baitul Magdis atau mempertahankan Lubnan dari serangan Israel.
00:53Beliau juga menegaskan Hezbollah mencabar kerajaan setiap hari melalui kenyataan ketuanya Syekh Naim Qasim mengenai penambahan semula senjata.
01:01Kenyataan itu dibuat sehari selepas Naim Qasim menuduh Beirut memberi konsensi percuma kepada Israel dengan menghantar seorang utusan awam dan bukan utusan ketenteraan untuk rundingan yang ditetapkan di bawah perjanjian kecatan senjata Israel Hezbollah pada 27 November tahun lalu.
01:18Yusuf berkata beliau berharap penghantaran utusan awam, diplomat Lubnan, Simon Karam adalah langkah positif yang boleh menyelamatkan Lubnan daripada operasi ketenteraan berskala besar oleh Israel.
01:31Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa Lubnan masih jauh daripada menanda tangani perjanjian damai dengan Israel.
01:38Perbincangan yang berlangsung pula adalah mengenai isu ketenteraan seperti penghentian serangan Israel di selatan Lubnan dan pengunduran tentera Israel IDF dari kawasan tersebut.
Be the first to comment