Perjanjian itu dijangka memberi manfaat langsung kepada lebih 15,000 penternak sarang burung walit dan 61 kilang pemprosesan yang diluluskan oleh pihak berkuasa China.
00:00Dengan anggaran nilai 1.5 bilion ringgit, industri sarang burung boleh dimakan terus menunjukkan potensi kukuh dan pertumbuhan yang sangat memberangsangkan.
00:09Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Dato' Sri Muhammad Sabu berkata, industri bernilai tinggi itu mencatat kemajuan ketara.
00:17Dengan ekspor ke China meningkat daripada 201 ton pada tahun 2023 kepada 484 ton tahun lalu, mencerminkan keyakinan pasaran antarabangsa terhadap kualiti produk Malaysia.
00:30Protokol ekspor baru itu disahkan bulan lalu. Sekaligus mengukuhkan lagi hubungan perdagangan pertanian antara kedua-dua negara dan mengesahkan keyakinan China terhadap sistem peraturan dan keselamatan makanan Malaysia.
00:43Perjanjian itu dijangka memberi manfaat langsung kepada lebih 15,000 penternak sarang burung walit dan 61 kilang pemprosesan yang diluluskan oleh pihak berkuasa China.
00:53Perkembangan ini dijangka meningkatkan daya saing ekspor agro-makanan negara.
00:57Terdahulu, Muhammad menerima kunjungan Persatuan Industri dan Pengekspor Burung Walid Malaysia di Bupu Jabat Lembaga Pertubuhan Peladang pada Khamis.
Be the first to comment