Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa agar siasatan berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak terhad kepada penerimanya sahaja.
00:00Seterusnya, Angkatan Belia Islam Malaysia, Abim, menggesa agar siasatan berhubung dawaan rasuah dan salah guna kuasa terkait setiusa politik kanan Perdana Menteri Syamsul Iskandar Mohd Akin tidak terhad kepada penerimanya sahaja.
00:12Sebaliknya, Presiden Abim Ahmad Fahmi Mohd Syamsuddin menegaskan agar siasatan perlu merangkumi pihak yang disyaki menawarkan atau memberikan imbuhan berbentuk kewangan maupun material iaitu pemberi rasuah.
00:23Katanya, Abim mengambil maklum perletakkan jawatan seorang pegawai kanan di pejabat Perdana Menteri susulan dawaan berkaitan pemberian wang tunai dan kelengkapan rumah oleh seorang ahli perniagaan.
00:32Jelasnya, Abim menghormati keputusan pegawai tersebut untuk berundur sebagai langkah bertanggungjawab bagi memberi ruang kepada siasatan dijalankan secara bebas dan tanpa konflik kepentingan.
00:43Namun katanya, pemberi rasuah juga mesti didakwa dan dipertanggungjawabkan di bawah peruntukan undang-undang jika terbukti bersalah selaras prinsip keadilan menyeluruh serta agenda membanteras rasuah secara tuntas.
00:55Dalam masa sama, beliau berkata adalah tidak wajar berlaku sebarang pelanggaran etika dan integriti dalam pentadbiran awam, khususnya melibatkan kedudukan strategik yang berkait rapat dengan kepimpinan negara, lebih-lebih lagi ketika kerajaan sedang giat memperkukuh agenda anti-rasuah.
01:09Sebuah itu katanya, Abim menyeru pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh, profesional dan bebas daripada tekanan politik.
Be the first to comment