Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan Malaysia ambil pendekatan berkecuali, inklusif dan berpaksikan kepentingan strategik. Melalui Akta Perdagangan Strategik 2010, kerajaan telah menetapkan semua aktiviti eksport, transit dan pemindahan cip AI memerlukan permit bermula 14 Julai 2025.
00:00Kerajaan Malaysia mengambil pendekatan berkecuali, inklusif dan berpaksikan kepentingan strategik dalam memastikan industri domestik berupaya memanfaatkan kemajuan teknologi terkini,
00:11khususnya chip AI ini, kecerdasan buatan yang dibangunkan oleh blok ekonomi utama dunia seperti Amerika Syarikat, Nvidia dan juga Republik Rakyat Cina,
00:20Matlamat utama kerajaan adalah untuk memastikan syarikat dan industri yang berpengkalan di Malaysia mempunyai akses yang terkawal, berdaya saing serta selamat kepada chip dan platform AI global
00:35sampai ataupun sambil mengekalkan standar keselamatan serta kedaulatan data negara.
00:41Jadi bagi mencapai objektif ini, beberapa strategi utama sedang dan akan digerakkan selaras dengan aspirasi di bawah plan strategik semikonduktor kebangsaan dan juga agenda transformasi digital negara.
00:55Jadi bagi memastikan persekitaran perdagangan yang selamat dan telus, MITI melalui Akta Perdagangan Strategik 2010 ataupun Strategik Trade Act 2010
01:03pada 14 Julai 2025 telah membuat penetapan bahawa semua aktiviti ekspor, transit dan pemindahan bagi chip AI memerlukan permit.
01:13Langkah ini adalah selaras dengan komitmen Malaysia untuk menjamin kesinambungan rantaian bekalan dalam semikondata global dan menyokong pertumbuhan industri AI domestik secara selamat.
01:25Kerajaan juga giat memperkukuh keupayaan pusat data, rangkaian berprestasi tinggi serta pembangunan keupayaan penyelidikan dan pembangunan atau R&D
01:33dan mereka bentuk lita bersepadu dan selaras dengan ini, Malaysia telah memperkenal visi silikon yang memberi fokus kepada pembangunan chip AI buatan Malaysia.
01:44Dan kerjasama strategik dengan syarikat ARM Limited membolehkan syarikat Malaysia untuk mengakses intellectual property ARM
01:50yang berupaya untuk mempercepatkan pembangunan chip AI tempatan dan di samping itu, kerajaan terus menggalakkan pembangunan teknologi AI tempatan yang mampu menembusi pasaran global.
Be the first to comment