Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Lebih 1,000 anggota polis Sarawak digerakkan ke Sabah bagi memastikan kelancaran dan keselamatan Pilihan Raya Negeri ke-17 yang berlangsung minggu ini.
Transcript
00:00Bertemu kembali, seramai 1,031 pegawai dan anggota Polis Sarawak akan digerakkan ke Sabah bagi membantu kelancaran Pilihan Raya Negeri PRN Sabah ke-17 yang akan berlangsung pada Sabtu ini.
00:11Ketua Pesuruh Jaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Zainal Abdullah maklumkan bahawa sekitar 200 anggota sudah berada di Sabah, manakala selebihnya akan berlepas esok menggunakan penerbangan komersial.
00:21Beliau menegaskan langkah ini penting untuk memastikan proses Pilihan Raya berjalan lancar, teratur dan selamat.
00:26PRN Sabah kali ini melibatkan pelbagai agensi bagi memastikan operasi logistik, keselamatan dan pengurusan pusat mengundi berjalan efisien.
00:34Sebanyak 596 calon bertanding merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri.
00:39Tempoh berkempen yang bermula 15 November akan berakhir pada 11.59 malam Jumaat ini, manakala hari mengundi dijadualkan pada Sabtu.
00:47Pengundian awal telah diadakan semalam dan kesemua persiapan kini berada di tahap akhir menjelang hari mengundi.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended