00:00Jumlah mangsa banjir di 10 negeri sedikit meningkat ke 22,331 orang daripada 78,400 keluarga setakat 11 pagi tadi.
00:11Kesemua mangsa kini berlindung di 184 pusat pemindahan sementara PPS yang dibuka di seluruh negara.
00:17Negeri paling teruk terkesan ialah Kelantan dengan jumlah mangsa 9,837 orang.
00:22Setakat ini 9 daerah terlibat termasuk Tumpat, Kota Baru, Bacuk dan Pasir Putih dengan 58 PPS beroperasi.
00:30Ini diikuti Perak yang mencatatkan 4,287 mangsa daripada 1,383 keluarga yang berlindung di 43 PPS yang dibuka di Manjung, Perak Tengah, Bagang Datuk, Hilir Perak dan Mualim.
00:43Manakala Selangor pula merekodkan 2,516 mangsa daripada 681 keluarga dengan 23 PPS dibuka di Kuala Selangor, Syah Alam, Kelang, Hulu Langat dan Sabat Bernam.
00:55Di kedah 2,812 mangsa daripada 1,042 keluarga kini berada di 19 PPS di Kulim dan Kubang Pasu.
01:04Sementara itu seramai 1,789 bangsa daripada 635 keluarga berlindung di 15 PPS yang dibuka di Kangar, Padang Besar dan Araw, Perlis.
01:14Terengganu mengalami peningkatan mangsa banjir kepada 1,028 orang daripada 321 keluarga yang berlindung di 22 PPS yang dibuka di Besut dan Marang.
01:25Pulau Pinang pula mencatat penurunan mangsa banjir kepada 8 orang dengan 1 PPS beroperasi di seberang perai tengah.
01:31Dalam pada itu, Pahang merekodkan 19 mangsa banjir yang kini berlindung di 2 PPS yang dibuka di Raup dan Lipis.
01:38Sementara itu, 1 PPS dibuka masing-masing di Sarawak dan Kuala Lumpur.
Be the first to comment