Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Seorang wanita ditemukan meninggal dunia manakala seorang lagi terselamat selepas kereta dinaiki mereka dihanyutkan arus deras di Kampung Batu 5, Jalan Jedok, Tanah Merah, awal pagi ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang wanita ditemukan meninggal dunia manakala seorang lagi terselamat selepas kereta dinaiki mereka dihanyutkan arus deras di Kampung Batu 5, Jalan Jedok, Tanah Merah awal pagi tadi.
00:12Jurucakap Jabatan Bomber dan Penyelamat Kelantan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.13 pagi mengenai sebuah kereta jenis Proton Saga yang dihanyutkan arus di kawasan berkenaan.
00:23Katanya, jentera bomba tiba di lokasi 3 minit kemudian dan operasi mencari serta menyelamat segera dijalankan.
00:30Mangsa pertama, Syamila Suzi Ahmad Basharudin berjaya diselamatkan manakala seorang lagi wanita, Siti Gayah Zakaria, didapati hilang.
00:41Mangsa kedua, Siti Gayah ditemukan pada 7.49 pagi tidak jauh dari lokasi kereta berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia.
00:49Menurutnya, operasi melibatkan kekuatan anggota BBP Tanah Merah bersama sebuah jentera FRT sebelum mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended