Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
KWSP mengumumkan penutupan sementara pejabatnya di Kangar mulai 26 November susulan peningkatan paras air akibat banjir. Keputusan itu diambil bagi memastikan keselamatan ahli dan petugas. Mereka yang mempunyai temu janji diminta menjadualkan semula urusan, manakala beberapa transaksi boleh dilakukan melalui i-Akaun. KWSP kini bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memantau situasi dan akan mengeluarkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP di Kangar ditutup sementara bermula hari ini
00:05sesudah peningkatan paras air akibat banjir yang melanda kawasan tersebut
00:08Dalam kenyataan rasmi, KWSP maklumkan bahawa penutupan itu dilakukan bagi memastikan keselamatan ahli dan petugas di premis berkenaan
00:16Menurut KWSP, ahli yang mempunyai temu janji dinasihatkan untuk menjadualkan semula urusan mereka
00:22Beberapa transaksi penting bagaimanapun boleh dilakukan secara dalam talian
00:26melalui platform i-account bergantung kepada jenis perkhidmatan
00:30KWSP sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan penyedia perkhidmatan
00:34untuk memantau keadaan dan sebarang maklumat terkini akan dimaklukan secepat mungkin
00:39Ahli yang memerlukan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan transaksi
00:42boleh menghubungi pusat perhubungan dan nasihat perkhidmatan KWSP di talian 03 8922 6000
00:49atau melayari laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my
00:55Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended