Pemotongan dana oleh Amerika Syarikat terhadap program HIV menyebabkan gangguan besar kepada perkhidmatan rawatan dan pencegahan di negara berpendapatan rendah dan sederhana, menurut UNAIDS.
00:00Pemotongan dana daripada AS terhadap program pencegahan dan rawatan HIV akan menyebabkan kemunduran paling besar dalam beberapa dekad.
00:08Menurut pengarah eksekutif UN AIDS, Winnie Bianjima, pemotongan dana tersebut sekaligus menyebabkan jutaan individu berisiko kehilangan akses kepada alat pencegahan penyakit berkenaan.
00:30Krisis bermula apabila Amerika yang juga penyumbang terbesar,
01:00menampung 75% dana antarabangsa HIV bertindak menghentikan sementara semua pembiayaan berkaitan HIV awal tahun ini.
01:10Selain itu, negara penderma lain termasuk beberapa negara Eropah juga mengurangkan bantuan berikutan tekanan untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan.
01:18Sehubungan itu, UN AIDS memberi amaran bahawa pengurangan dana bakal menjejaskan sasaran bagi menamatkan AIDS sebagai ancaman kesihatan menjelang 2030.
01:27Dalam pada itu, agensi PBB itu melaporkan 40.8 juta orang hidup dengan HIV dengan 1.3 juta jangkitan baru direkodkan pada 2024.
01:40Jelas UN AIDS antara 2010 hingga 2024 kematian tahunan berkaitan AIDS menurun 54% kepada 630,000 manakala jangkitan baru turun 40%.
01:51Namun kemajuan ini terancam akibat pemotongan dana yang melumpuhkan perkhidmatan pencegahan.
Be the first to comment