Banjir besar melanda sembilan wilayah di selatan Thailand, meragut 13 nyawa dan menjejaskan hampir dua juta penduduk. Hujan lebat sejak 22 November menyebabkan paras air meningkat di Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Trang, Phatthalung, Satun, Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat. Hat Yai mengeluarkan perintah pemindahan penuh apabila banjir semakin buruk. Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul menubuhkan pusat arahan hadapan di Songkhla, manakala Timbalan Perdana Menteri Thammanat Prompao mengarahkan bantuan serta aset kecemasan digerakkan segera.
00:00Banjir besar yang melanda sembilan wilayah di selatan Thailand telah meragut 13 senyawa dan menjejaskan hampir 2 juta penduduk.
00:07Menurut agensi pengurusan bencana negara itu, hujan lebat yang berterusan sejak 22 November telah menenggelami kawasan rendah di wilayah Surat Tani,
00:14Nakonsi, Tamarat, Trang, Patalung, Satun, Songkla, Patani, Yala dan Naratiwat.
00:20Aktiviti harian lumpuh selepas jalan ditutup, sekolah ditenggelami air dan bekalan utiliti terjejas.
00:25Pihak berkuasa tempatan mengarahkan penduduk di kawasan rendah untuk berpindah segera bagi mengurangkan risiko kehilangan nyawa ketika paras air terus meningkat.
00:34Di hadnya, perintah pemindahan penuh dikeluarkan pada Isnin selepas banjir kembali naik pada sebelah petang, memaksa pasukan tentera dan penyelamat dikerahkan ke lokasi kritikal.
00:43Perdana Menteri Thailand, Anutin Chan Virakul mengarahkan penubahan pusat arahan harapan di Songkla untuk menyelaras gerak kerja kecemasan.
00:49Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tambanat Perompau mengarahkan semua agensi menyediakan anggota, aset logistik dan bantuan kecemasan kepada mangsa.
Be the first to comment