Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Ahli politik sayap kanan Australia, Senator Pauline Hanson, mencetuskan kemarahan apabila memakai burqa di Dewan Senat sebagai gimik politik bagi mendesak pengharaman pemakaian pakaian tersebut di tempat awam.
Transcript
00:00Ahli politik sayap kanan Australia, Senator Pauline Hansen mencetuskan kemarahan apabila memakai burka di Dewan Senat sebagai gimmick politik bagi mendesak pengharaman pemakaian pakaian tersebut di tempat awam.
00:14Insiden itu berlaku pada istrinya sejurus lepas beliau tidak mendapat kebenaran untuk membentangkan rang undang-undang yang bertujuan mengharamkan burka serta penutup muka penuh lain di seluruh Australia.
00:26Ini merupakan kali kedua Hansen menggunakan burka di Parlimen sebagai simbol bantahan terhadap pakaian tersebut.
00:34Kehadirannya masuk ke Dewan dengan memakai burka menyebabkan suasana Senat tegang dan mencetuskan bantahan lantang daripada para senator khasnya dari wakil rakyat Muslim.
00:44Proseding turut terhenti selepas Hansen enggan menanggalkan pakaian itu apabila diarahkan.
00:49Pemimpin kerajaan di Senat, Penny Wong bersama timbalan ketua pembangkang di Senat, Anne Rosten, turut mengecang perbuatan Hansen dengan Wong menyifatkannya sebagai tidak wajar bagi seorang ahli Senat Australia.
01:01Wong kemudian mengemukakan usul untuk menggantung Hansen daripada persidangan kerana gagal mematuhi arahan menanggalkan burka sebelum proseding sekali lagi disambung semula.
01:11Hansen, Senator dari Queensland, sudah lama terkenal dengan retorik anti-immigration sejak 1990-an dan kerap mengkritik pakaian Islam dalam kerjaya politiknya.
01:22Beliau pernah memakai burka di Parlimen pada 2017, suatu mendesak larangan serupa.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended