Hat Yai berdepan banjir terburuk sejak dua dekad apabila paras air mencecah hampir tiga meter, memaksa pihak berkuasa mengeluarkan arahan pemindahan besar-besaran. Arahan yang dikeluarkan Gabenor Songkhla itu mencetuskan kritikan kerana ramai penduduk terperangkap tanpa akses keluar. Tentera dan penyelamat digerakkan, sementara Perdana Menteri Anutin Charnvirakul mengarahkan bantuan segera dilaksanakan. Lebih 719,000 isi rumah di selatan Thailand kini terjejas.
00:00Pihak berkuasa di Songkla mengeluarkan arahan pemindahan besar-besaran melibatkan seluruh kawasan perbandaran Hadnyei pada Isnen selepas keadaan banjir terus beruncing dengan paras air mencecah hampir 3 meter di beberapa lokasi.
00:14Gubernur Songkla, Ratasat Cidu mengarahkan penduduk di daerah Hadnyei, khususnya mereka yang tinggal di kawasan rendah di pusat bandar untuk berpindah selewat-lewatnya jam 4 petang.
00:25Arahan itu melibatkan 25 komuniti di Zon 3 dan 21 komuniti di Zon 4 berdekatan kampus Universiti Prince of Songkla.
00:34Namun arahan mendadak tersebut mencetuskan kecaman meluas di media sosial dengan netizen mempersoalkan tahap kesiapsiagaan pihak berkuasa tempatan.
00:43Ramai meluahkan kebimbangan mengenai keupayaan golongan rentan seperti kanak-kanak, warga emas dan pesakit untuk berpindah dalam keadaan akses ke banyak kawasan telah terputus akibat limpahan air.
00:55Rakyat Thailand pula meluahkan kebimbangan bahawa ramai yang terperangkap tidak lagi dapat menerima maklumat terkini selain menunggu bantuan yang tidak kunjung tiba.
01:04Air banjir di Hadnyei mendadak naik sejak Isnin, ekoran hujan lebat berterusan di selatan Thailand ditambah aliran deras dari daerah Sadau.
01:12Menurut pihak berkuasa, jumlah air tahun ini adalah lebih dua kali ganda berbanding banjir biasa hujung tahun, malah lebih buruk daripada bencana besar pada tahun 2000.
01:21Penduduk berisiko turut diminta memindahkan barangan berharga ke tempat tinggi dan segera menuju pusat pemindahan mengikut arahan pihak berkuasa.
01:30Pusat pemindahan utama termasuk di pusat konvensyen antarabangsa Universiti Prince of Songkla dan auditorium Universiti Songkla Rajabat.
01:38Selepas arahan itu, agensi tempatan membuka lebih banyak pusat penindungan, manakala anggota tentera dan penyelamat digerakkan menggunakan bot dasar rata bagi membawa keluar penduduk yang terperangkap.
01:49Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Thailand Anutin Chan Virakul memaklumkan semua agensi berkaitan telah diarahkan melaksanakan langkah bantuan segera bagi menyokong isi rumah yang terjejas.
01:59Beliau berkata keadaan masih terkawal namun paras air yang terus meningkat serta ramalan hujan berterusan boleh menambah cabaran kepada operasi menyelamat.
02:10Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand melaporkan banjir kini menjejaskan 10 wilayah selatan dengan 719,858 isi rumah di 92 daerah terkesan setakat ini.
Be the first to comment