Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Mekanisme pengutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) atau cukai lain daripada transaksi dalam talian yang melibatkan penjual atau portal luar negara antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
Transcript
00:01Mekanisme pengutipan cukai jualan dan perkhidmatan SST atau cukai lain daripada transaksi dalam talian yang melibatkan penjual atau portal luar negara antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
00:13Menurut aturan urusan mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Ahli Perlimen Bakri Tan Hong Pin mengemukakan soalan kepada Menteri Kewangan mengenai mekanisme perkenaan termasuk jumlah kutipan daripada transaksi dalam talian bagi tempoh 2021 hingga 2025.
00:30Beliau turut ingin mengetahui mengenai barangan import melalui portal luar yang dikecualikan SST serta justifikasinya pada sesi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri yang bermula pada 10 pagi.
00:40Pada sesi sama, Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Dr. Zulkaf Prihan Api meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengulas mengenai langkah kementerian bagi menangani hasil sawah yang rendah,
00:52kebanjian warga asing serta isu tanaman kontan di sahuh padi selepas kebanyakan petani semakin menua dan anak muda bekerja di luar.
01:00Turut menarik perhatian adalah soalan dari Ahli Parlimen Pasir Gading Aminul Huda Hassan kepada Perdana Menteri mengenai langkah kerajaan dalam menambah baik peruntukan undang-undang keluarga Islam sedia ada,
01:11khususnya bagi mewajibkan nafkah ibu bapa yang berada dalam keadaan uzur, tiada pendapatan atau tidak mampu menyara diri sendiri selara setutupan hukum syarat.
01:22Selain itu, Ahli Parlimen Kuching Dr. Kelvin Yi Lee Wen mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri mengenai pelan kerajaan untuk merangka undang-undang baharu bagi menangani kejadian buli yang semakin berleluasa, terutama dalam kalangan kanak-kanak negara ini.
01:36Mesyuarat Dewan Rakyat kemudian diteruskan dengan perbahasan rang undang-undang perbekalan Belanjawan 2026 di peringkat jawatan kuasa.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended