00:00Perdana Menteri Thailand Anutin Chan Virakul akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada Rabu.
00:06Kementerian Luar Thailand dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan pertemuan tersebut adalah sebahagian daripada usaha memperkukuhkan kerjasama antara dua negara itu.
00:16Selain itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Anutin juga akan membincangkan usaha memperkukuh kapasiti ASEAN
00:24dalam menangani cabaran global berdasarkan hasil sidang kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang berkaitan yang diadakan bulan lalu di Kuala Lumpur.
00:34Anutin dipilih sebagai Perdana Menteri ke-32 Thailand pada September lalu dan membuat lawatan pertamanya ke Malaysia pada 25 Oktober bagi menghadiri sidang kemuncak tersebut.
Be the first to comment