00:00Satu kematian direkodkan di Songkla, Thailand, susulan banjir besar yang melanda beberapa kawasan di Hatnyai sejak hujung minggu lalu.
00:08Menurut pihak berkuasa tempatan pada Isnin ekoran itu, ribuan penduduk turut dipindahkan dari kawasan berisiko tinggi akibat peningkatan paras air.
00:16Berdasarkan rakaman Thailand Public Broadcasting Service TPBS pada Ahad, Hatnyai hampir musnah ditengalami air dengan pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat di seluruh daerah terjejas.
00:31Perintah pemindahan turut dikeluarkan pada Isnin untuk semua kawasan berisiko tinggi di Hatnyai selepas paras air dilaporkan kembali meningkat pada sebelah petang.
00:42Pada Ahad, Perdana Menteri Thailand mengarahkan penubuhan pusat arahan di Songkla bagi menangani krisis yang semakin meruncing ini.
00:50Dalam pada itu, timbalan Perdana Menteri pula mengarahkan semua agensi berkaitan menggerakkan anggota, peralatan dan bantuan segera ke kawasan terkesan.
Be the first to comment