Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menegaskan bahawa semua agensi tindak balas bencana di seluruh negara telah berada pada tahap kesiapsiagaan penuh lebih awal bagi menghadapi gelombang pertama serta gelombang seterusnya Monsun Timur Laut (MTL).
Transcript
00:00Agensi Pengurusan Bencana Negara Natma menegaskan bahawa semua agensi tindak balas bencana di seluruh negara telah berada pada tahap kesiapsiagaan penuh lebih awal bagi menghadapi gelombang pertama serta gelombang seterusnya monsoon timur laut MTL.
00:15Menurut Ketua Pengurusan Natma, Mio Ismail Mio Hakim, persiapan rapi melibatkan semua agensi dilaksanakan lebih awal manakala pelancaran kesiapsiagaan pada 30 Oktober lepas hanyalah langkah simbolik bagi mengukuhkan koordinasi antara agensi.
00:31Beliau berkata Natma bersama agensi-agensi penyelamat mempunyai anggaran kekuatan 100 ribu anggota yang ditugaskan membantu mangsa banjir selain pelbagai aset logistik.
00:41Jelasnya pasukan itu mempunyai aset lengkap termasuk lori, bot, helikopter serta gudang penyimpanan bekalan yang boleh digerakkan mengikut keperluan.
00:50Mio Ismail berkata setakat ini 38 PPS dibuka di Kelantan dan beliau berpuas hati dengan pengurusan di semua PPS yang berada dalam keadaan teratur serta mengikut pihawayan operasi ditetapkan.
01:01Beliau berkata tinjauan turut mendapati beberapa kawasan berhampiran PPS yang sebelum ini dinaiki air setinggi satu kaki telah kembali pulih.
01:08Sementara itu Mio Ismail berkata situasi di negeri-negeri lain yang turut terkesan monsoon berada dalam keadaan terkawal setakat ini.
01:15Beliau turut menekankan kepentingan semua mangsa yang berpindah ke PPS untuk membuat pendaftaran bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan cepat.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended