Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menamatkan lawatan kerja ke Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya sebelum berlepas pulang ke Malaysia dari Nairobi. Lawatan itu mengukuhkan usaha Malaysia memperluas kerjasama strategik dengan Afrika, termasuk peningkatan hubungan dua hala Malaysia–Kenya kepada perkongsian strategik dan komitmen bersama dalam perdagangan, teknologi digital dan pembuatan berteknologi tinggi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Dato' Suryan Ibrahim berlepas pulang ke tanah air pada Isnin setelah menyempurnakan siri lawatan kerja ke tiga negara Afrika sekaligus mengukuhkan komitmen Malaysia untuk memperluas kerjasama strategik dengan benua tersebut.
00:14Pesawat khas Malaysia Airlines yang membawa Perdana Menteri berlepas dari State Pavilion Terminal Lapangan Terbang Terbangsa Jomo Kenyata pada jam 7 malam waktu tempatan atau 12.30 malam waktu Malaysia menuju ke lapangan terbang terbangsa Kuala Lumpur KLIA.
00:30Anwar dijangka tiba di Kuala Lumpur pada pagi ini.
00:35Turut mengiringi beliau ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Dato' Sri Zafrul Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan Dato' Sri Zaliha Mustafa, Pegawai Kanan Kerajaan serta Delegasi Ketua Ketua Perniagaan.
00:50Lawatan Anwar bermula di Addis Ababa, Ethiopia pada 18 November menyaksikan kunjungan bersejarah ke Ibu Pejabat Kesatuan Afrika
00:57sebagai usaha memperkukuh kerjasama Malaysia-Afrika.
01:01Ethiopia yang dikenali sebagai Horn of Africa menjadi destinasi pertama beliau yang merupakan satu lawatan balas selepas kunjungan Perdana Menteri Ethiopia Dr. Abiy Ahmed Ali ke Malaysia pada 2024.
01:12Dari Addis Ababa, Anwar seterusnya ke Johannesburg, Afrika Selatan dari 20 hingga 23 November untuk menghadiri sidang kemuncak pemimpin G20 sebelum meneruskan lawatan rasmi ke Nairobi, Kenya dari 23 hingga 24 November.
01:27Semasa lawatan di Nairobi, Malaysia dan Kenya bersetuju memperbaharui hubungan dua hala kepada perkongsian strategik menandakan pencapaian penting dalam hubungan diplomatik 60 tahun kedua-dua negara.
01:40Keduanya turut menegaskan komitmen untuk menghapuskan halangan tarif dan bukan tarif memperluas ekspor dua hala serta memperkukuh kerjasama dalam teknologi digital dan pembuatan berteknologi tinggi.
01:50Langkah ini memperlihatkan keterlibatan lebih aktif Malaysia di Afrika dalam usaha membuka peluang perdagangan, pelaburan dan transformasi digital bersama rakan serantau.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended