Kenyataan dibuat Menteri Pertanian Andi Amran Sulaiman pada Isnin (24 November) itu dibuat susulan penemuan 250 tan beras yang memasuki Sabang, Aceh secara haram.
00:00Pemerintah Indonesia menegaskan komitmennya mempercepat usaha mencapai keterjaminan beras negara dan menghentikan sebarang aktiviti import yang melanggar dasar kerajaan.
00:10Menteri Pertanian Andi Amran Sulaiman berkata demikian pada Isnin susulan penemuan 250 tan beras yang memasuki Sabang Aceh secara haram.
00:20Katanya Presiden Prabowo Subianto menegaskan import adalah dilarang kerana Indonesia mempunyai bekalan yang mencukupi.
00:30Ujar Andi, pemerintah akan menghalang sebarang cubaan membawa masuk beras khususnya melalui saluran tidak sah.
00:38Tegas beliau, Indonesia tidak mempunyai alasan untuk mengimport beras sambil merujuk kepada stok nasional yang kukuh
00:44dan ujuran pengeluaran 2025 sebanyak 34.77 juta tan berdasarkan data statistik Indonesia.
00:52Takwa beliau, larangan import itu menyumbang kepada penurunan harga beras global dan menyatakan beras dari Vietnam dan Thailand menjadi lebih murah kerana langkah yang diambil Indonesia.
Be the first to comment