Menurut Jurucakap Hospital Lady Reading, Mohamad Asim, selain tiga yang terkorban, serangan itu turut mencederakan sekurang-kurangnya lima individu lain.
00:00Baik beralih ke laporan antarabangsa, tiga anggota pasukan separa tentera Pakistan dalam serangan bom berani mati di ibu pejabat mereka di Peshawar pada Isnin.
00:09Menurut Jurucakap Hospital Lady Reading, Muhammad Asim memaklumkan, selain tiga yang terkorban, serangan itu turut mencederakan sekurang-kurangnya lima individu lain.
00:19Berdasarkan siasatan awal, polis berkata, para penyerang melepaskan tembakan ketika mereka menceroboh ibu pejabat pasukan barisan hadapan sebelum meletupkan diri di dalam kompleks tersebut.
00:49Setakat ini, tiada kumpulan militer mengaku mendalangi serangan tersebut.
01:15Kumpulan militer yang beroperasi di rantau itu telah meningkatkan serangan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
01:22Ini susulan pertempuran berdarah di sempadan antara Pakistan dengan Afghanistan bulan lalu.
01:27Pakistan menuduh Taliban melindungi militernya yang didakwa melancarkan serangan rentas sempadan tetapi dinafikan oleh Kabul.
Be the first to comment