Rakaman disiarkan media kerajaan, VTV menunjukkan sebuah helikopter menghantar bekalan kecemasan ke kawasan yang terjejas di wilayah Dak Lak pada Ahad (23 November).
00:00Pihak berkuasa Vietnam pada Isnin memulakan usaha pemulihan di negara itu yang dilanda banjir besar dan tanah runtuh.
00:07Rakaman disiarkan media kerajaan VTV menunjukkan sebuah helikopter menghantar bekalan kecemasan ke kawasan yang terjejas di wilayah Dark Lock itu.
00:18Penduduk mula kembali ke rumah masing-masing yang dipenuhi sisa bencana.
00:22Dengan mereka dilihat mengambil barang-barang dan membuang guni beras yang rosak akibat banjir.
00:28Di wilayah Can Hoa, orang ramai beratur untuk mendapatkan keperluan seperti makanan, air botol dan pakaian sembangan.
00:35Purata taburan hujan melebihi 1,900 mm direkodkan di beberapa bahagian Vietnam sepanjang minggu lalu.
00:43Kawasan itu merupakan pusat pengeluaran kopi utama dan lokasi pantai terkenal namun turut terdedah kepada ribut dan banjir.
00:50Kerajaan menganggarkan kerugian ekonomi kira-kira 8.98 triliun dong.
00:56Dan setakat ini, banjir berterusan yang melanda pendegara itu telah meragut sekurang-kurangnya 91 penduduk manakala 11 masih lagi hilang.
Be the first to comment