00:00Seramai 108,000 pembayar cukai telah melaksanakan e-invoice termasuk 64,317 pembayar cukai yang melaksanakannya secara mandatory setakat 21 November 2025.
00:13Timbalan Menteri Keuangan Lim Huiying berkata ia merangkumi 5,528 pembayar fasa pertama, 13,964 fasa kedua dan 44,825 bagi fasa ketiga.
00:26Selain itu, Huiying berkata 44,000 pembayar cukai daripada fasa keempat dan kelima telah menggunakan e-invoice secara sukarela.
00:38Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Dato' Awang Hashim PN Pendang yang meminta penjelasan tahap pelaksanaan sistem e-invoice serta keberkesanannya dalam meningkatkan pematuhan cukai di Dewan Rakyat pada Isnin.
00:53Kerajaan melaksanakan sistem e-invoice secara berfasa bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran, percukaian dan menyokong pertumbuhan ekonomi digital.
01:03Tambah Huiying inisiatif ini selaras dengan strategi Rancangan Malaysia ke-12 yang memberi fokus kepada pengukuhan infrastruktur, perkhidmatan digital dan pendigitalan pentadbiran cukai.
Be the first to comment