Tiga penjenayah termasuk seorang daripadanya memiliki 39 rekod jenayah dan dadah, maut ditembak polis selepas bertindak agresif dalam satu operasi di kawasan kebun sawit berhampiran Taman Tambun Perdana, Alor Gajah dalam kejadian awal pagi Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkairi Mukhtar berkata, dalam kejadian 4.50 pagi itu seorang anggota polis berpangkat koperal berusia 30-an cedera parah di lengan kiri selepas dilibas parang oleh suspek.
Be the first to comment